" Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri "...pepatah melayu yang mempunyai maknanya tersendiri." Jauh perjalanan, luas pengalaman " juga ada makna yang tersirat. Bagi mereka yang akan, masih ataupun yang telah merantau sama ada kerja mahupun belajar pasti ada pengalaman pahit dan manis tersendiri...culture shock pasti ada kerana budaya, bahasa dan suasana yang bebeza dengan tanah air sendiri..bagi diriku pula, banyak perkara yang berbeza terdapat di bumi para Anbiya' ini..cuaca sejuknya yang teramat memberi pengalaman baru untukku..tidak perlu aircond, semulajadi sahaja..namun,yang best bagiku ialah makanan..hehe..makanan di sini cukup berbeza dengan Malaysia..mula2 memang tak boleh masuk, lama- kelamaan masuk dan lalu jua makanan tersebut di anak tekakku..=)
Jom kita jelajah makanan di bumi Ardhul kinanah ni :
Tokmiah
Tokmiah ni memang famous di kalangan pelajar kita. Agak sedap dimakan tapi bergantung pada minyak yang digunakan untuk masak. selalunya minyak hitam (yang telah digunakan) digoreng oleh pak arab..so,fikir-fikirkan akibatnya..hehe..
A'isy Baladi
A'isy Syami
Roti (A'isy) merupakan makanan utama bagi rakyat di negara ni. Ada 2 jenis roti, A'isy Baladi dengan A'isy Syami. A'isy Baladi murah je harganya...1 genih boleh dapat 25 keping dan roti ni kalau makan 1 or 2 pun dah cukup kenyang bagiku..tapi kalau pak arab 3@4, mano xbosa badan eh..hehe..kalau korg tgk kt atas, A'isy syami slalu dimakan dengan tokmiah, telur, kentang, kacang (ful) dan macam-macam lagi mengikut citarasa masing2..jeruk (piring kecik) sebagai penyedap rasa tapi ramai pelajar kita tak boleh masuk sbb masam sangat.. selalu yang aku makan, A'isy Syami berintikan kentang, telur,sayur dan sos..memang terbaik laa!!!..
Roti Fino
Haa, roti fino ni plak ramai yang bole makan. harga dia 1 genih boleh dapat 4@5 keping..selalu dimakan ngn hati ayam. ayam, daging dan macam2 lagi..kalau korg perasaan, jeruk mesti ada dan dikasi oleh pak arab kalau kita beli roti...
Tak sah kalau pak arab makan roti tanpa fuul..slalunya pasti dimakan dengan fuul..fuul dimakan dengan A'isy, campur pulak telur dengan cili...fuh,mmg best laa..haha...
Aruz Billaban (nasi susu)
Ni plak nasi susu..memang sedap laa..cuba korg try buat kt Malaysia..mesti terangkat la ibu jari kaki..=D
Walau bagaimanapun budaya sesuatu tempat yang kita kunjungi, tanah air kita tetap bersemai di hati..
# Kepada sesiapa yang berkemampuan, dtglaa ke bumi arab ni ye... :)